Skip to main content

5 Tips Postur Terbaik Untuk Menyokong Struktur Tulang Belakang

struktur tulang belakang

Struktur tulang belakang adalah tulang tunjang yang menyokong tubuh badan anda.

Tulang belakang anda membantu anda duduk, berdiri, berjalan, berpusing dan membongkok.

Tetapi, dalam jangka masa panjang, jika anda tidak duduk atau berdiri dengan posisi yang betul seperti membongkok dan menunduk.

Dalam artikel ini kami akan berkongsi tentang kesan postur badan yang salah dan tips berguna untuk improve postur badan supaya struktur tulang belakang kekal sihat.

Kesan Postur Badan yang Salah

1. Mendapat Spider-Vein

struktur tulang belakang

Duduk dalam satu posisi yang agak lama boleh membuatkan punggung terasa kebas.

Bukan itu saja, tapak kaki dan seluruh badan juga boleh terasa kebas.

Keadaan sebegini sangat membahayakan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah terbiasa duduk dengan silang kaki.

Ini kerana mereka boleh mendapat Spider Veins iaitu keadaan di mana darah dan segala cecair dalam badan susah mengalir dengan lancar.

2. Menyekat sistem penghadaman

sistem penghadaman

Badan membongkok bukan sahaja boleh membuatkan dagu anda mempunyai double-chin, tetapi juga mengganggu sistem penghadaman anda.

Semasa membongkok, usus penghadaman akan menjadi terlipat, secara tidak langsung memperlahankan proses sistem penghadaman

Sebab itulah ada sesetengah orang badan tidak gemuk tetapi mempunyai perut buncit.

Tidak kira duduk atau berdiri, kurangkan dalam keadaan membongkok.

3. Akan lebih stres

Sudahlah duduk membongkok membuatkan badan lenguh-lenguh, tambah pula rasa stres disebabkan badan sakit-sakit begini.

Bila badan rasa sakit, lebih banyak tekanan perasaan dan badan lebih cepat rasa letih.

4. Spine Curvature

3 lengkung utama bagi satu tulang belakang yang sihat.

Dalam jangka masa panjang, postur badan yang salah akan mengubah bentuk tulang belakang.

Hal ini terjadi apabila anda meletakkan banyak tekanan semasa dalam posisi duduk yang salah.

Tulang belakang diciptakan untuk menyerap tekanan, tetapi posisi duduk yang salah akan mengurangkan kebolehan semula jadinya.

Ini akan menyebabkan anda mudah mendapat kecederaan pada masa akan datang.

5. Sakit leher dan kepala

struktur tulang belakang

Postur badan yang salah akan memberi tekanan kepada otot belakang anda.

Tidak kisah sama ada anda membongkok atau menunduk, tekanan yang terjadi di otot leher disebabkan postur ini akan membawa kepada sakit leher dan sakit kepala.

Baca Juga:

6 Cara Kempiskan Perut Tanpa Exercise

Tips Postur Badan Terbaik

1. Elak membongkok!

struktur tulang belakang

Duduk dalam posisi membongkok dalam tempoh masa yang lama boleh membawa kepada sakit belakang, lebih-lebih jika tuntutan kerja perlu duduk seharian di depan laptop.

Jadi, seeloknya anda adjust skrin laptop anda selaras paras muka supaya anda boleh duduk tegak.

Ini juga boleh membetulkan kembali struktur tulang belakang anda. Jika skrin laptop atau komputer tidak boleh diubah ketinggiannya, boleh cuba pakai stand.

2. Regangkan leher

struktur tulang belakang

Kalau anda suka scroll phone sepanjang hari, anda patut berhenti seketika dan regangkan leher selama beberapa minit.

Bila anda melihat skrin phone anda, anda cenderung untuk menunduk di mana akan menegangkan tulang belakang.

Dalam jangka masa panjang, ini akan memburukkan struktur tulang belakang anda.

Jadi, lebih baik anda angkat phone tinggi selaras tinggi mata dari menunduk.

3. Kurangkan posisi silang kaki

Menyilang kaki semasa duduk boleh menyebabkan salah satu dari kaki akan meregangkan otot kaki.

Ini akan mengubah struktur tulang belakang dalam jangka masa panjang, lebih-lebih lagi jika anda duduk dalam posisi begini setiap hari.

4. Banyakkan bergerak

Seperti yang dikatakan DiVincent, seorang pakar terapi fizikal, “Tiada postur yang bagus untuk satu jangka masa lama.”

Walau anda dalam posisi duduk yang ergonomik selama 10 jam, anda masih juga akan merasakan sakit belakang.

Jadi, tukar posisi duduk setiap 15 minit dan bangun buat perkara atau rutin lain untuk setengah jam.

5. Latih muscle lebih kuat

Otot yang lemah akan mengakibatkan sendi dan tisu lain mengalami kecederaan dan menyebabkan anda sukar mempunyai postur badan yang salah.

Bila anda bersenam untuk menguatkan otot, fokuskan pada bahagian badan seperti bahu dan belakang, otot teras, pinggul dan kaki.

Senaman menguatkan otot tidak akan menyebabkan anda rasa sakit, hanya keletihan.

Penutup

Postur badan sangat penting dalam mengekalkan kesihatan struktur tulang belakang dan kesihatan seluruh tubuh badan.

Postur badan yang salah akan memberikan tekanan kepada tulang belakang anda.

Tulang belakang adalah tunjang kepada segala perkara yang anda lakukan dalam kehidupan seharian. Senang cerita, badan anda nak pakai lama.

Jika anda merasa sakit belakang, bengkung Razowa boleh membantu anda.

Bengkung 3 Saat dari Razowa diperbuat dari kain belacu yang membuatkan ia serap peluh. Banyak testimoni sangat berpuas hati dengan Bengkung 3 Saat ni.

bengkung razowa

Dengan ikatan 3 saat sahaja, tekanan yang diberikan pada bahagian peha, perut dan pinggul dapat membantu menguatkan otot.

Sakit pinggang no more, dapatkan Bengkung 3 Saat sekarang dengan klik di sini!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke Razowa.com.my
Biar saya bantu anda mencari produk yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami