Skip to main content

Garam himalaya, selain dalam masakan, anda tahu tak anda boleh guna untuk kulit?

 

Terkenal kerana warnanya merah jambu, garam ini diekstrak secara manual dengan menggunakan mesin penggali dari gua-gua di pergunungan lombong garam.

 

Berbanding garam biasa, ia kaya dengan mineral dan nutrisi lain yang membantu pelbagai masalah kulit.

 

Kalau anda yang sedang membaca artikel ini mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan keradangan (inflammation), garam himalaya adalah jawapan yang anda perlu!

 

Teruskan membaca.

 

Kandungan Nutrisi Dalam Garam Himalaya

 

Warna merah jambu dalam komposisi garam himalaya ini disebabkan oleh mineral-mineral yang terkandung di dalam kristal garam ini.

 

Mineral-mineral ini dibahagikan kepada beberapa jenis, seperti:

  • Natrium/Sodium (97-98%)
  • Zat Besi
  • Magnesium
  • Kalium
  • Kalsium

 

Manfaat Garam Himalaya Untuk Kulit

 

Garam himalaya boleh digunakan dengan pelbagai cara.

 

Anda boleh gunakannya melalui exfoliant, scrub, pencuci muka atau toner.

 

Melalui kaedah-kaedah ini, anda boleh nikmati pelbagai manfaat seperti:

 

1. Buang Kotoran

 

Garam ini adalah agen pengelupasan (exfoliant) yang baik untuk membuang kotoran di kulit.

 

Kotoran seperti sel kulit mati akan membuatkan kulit kusam.

 

Jadi, dengan garam himalaya, anda dapat detox kulit anda dari sel kulit mati dan mendapatkan kulit yang lebih mulus dan tidak lagi kusam.

 

2. Menghidrasi Kulit

Jika dengan garam biasa, kulit anda akan menjadi kering kerana garam biasa dikenali menyerap lembapan di kulit.

 

Tetapi, ia kaya dengan magnesium, kalsium dan potassium yang boleh membantu menghidrat semula kulit kering.

 

Ia juga membantu untuk ‘lock’ hidrasi dan memberikan kulit efek cerah kepada kulit.

 

 

3. Merawat Inflamasi & Iritasi

Kandungan mineral yang tinggi dalam garam ini dipercayai boleh mengurangkan bengkak dan kemerahan akibat inflamasi.

 

Ini boleh memberi manfaat terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif yang terdedah kepada kemerahan.

 

4. Mengurangkan Breakouts

Kandungan magnesium dalam garam ini boleh membantu memulihkan keseimbangan pada tahap pH kulit.

 

Pemulihan pH kulit sedikit sebanyak membantu dalam pencegahan breakouts atau jerawat dari menjadi lebih teruk.

 

Sifat pengelupasannya membantu membersihkan kotoran dan bakteria yang menyumbat pori, seterusnya mengurangkan risiko jerawat.

 

5. Menggalakkan Sel Kulit yang Lebih Sihat

Apabila sel kulit mati boleh ditanggalkan, ini akan menimbulkan kulit yang lebih sihat dan lebih muda.

 

Garam ini boleh menjadi rahsia untuk anda mendapat kulit sihat dan lambat menua.

6. Menghindari Pori Tersumbat

Mineral dalam garam Himalaya juga membantu menghalang kekotoran yang menyumbat liang roma seperti kotoran dan minyak daripada terkumpul di permukaan kulit anda yang boleh menyebabkan jerawat.

 

Nikmati Manfaat Garam Himalaya Dengan 2 Cara Ini

 

1. Mandian

garam himalaya

Rendaman dengan garam rock salt adalah pendekatan yang menarik untuk mendapat manfaat garam yang hebat ini.

 

Rendam badan anda selama 20 minit dalam mandian suam dengan segenggam garam ini.

 

Untuk membantu anda berehat, tambahkan beberapa titis minyak lavender. Mandian garam ini dianggap membantu dengan peredaran, detoksifikasi kulit, dan pengurangan keradangan.

 

Jika anda mempunyai kulit sensitif, mulakan dengan tempoh mandi yang lebih pendek dan secara beransur-ansur meningkat apabila kulit anda menyesuaikan diri.

 

Untuk membantu menenangkan kulit, tambahkan secawan baking soda ke dalam tab mandi.

 

2. Scrub

garam himalaya

Selain mandian, jika anda mahu menjimatkan masa anda, guna cara kedua ini.

 

Ambil segenggam garam rock salt atau himalaya dan usap secara lembut dalam gerakan membulat (circular motion).

 

Fokus di bahagian kulit yang sering kering seperti siku, lutut, dan tumit kaki. Boleh juga dibuat di seluruh badan.

 

Garam rock salt atau himalaya adalah molekul yang agak besar untuk kulit, jadi tidak perlu untuk scrub secara kasar, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit sensitif.

Untuk setiap bahagian kulit, buat hanya selama 30 saat supaya tidak menanggalkan lembapan semulajadi kulit.

 

Selesai sahaja menggunakan scrub, basuh dan cuci sehingga bersih dengan air suam.

 

Keringkan kulit dan sapu krim pelembab untuk memaksimumkan khasiat garam rock salt pada kulit.

 

Kesimpulannya, garam rock salt atau himalaya bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan, tetapi juga untuk kegunaan mendapatkan kulit yang lebih sihat.

 

Selain membantu mengurangkan radang kulit, garam rock salt juga boleh membantu mengurangkan jerawat, menanggalkan sel kulit mati, melembabkan kulit dan lain-lain.

 

Dengan kaedah rendaman dan scrub, garam himalaya boleh membantu anda dalam merawat masalah-masalah kulit ini.

 

Tak perlu sediakan segala macam bahan untuk membuat scrub garam ini, anda boleh dapatkan garam himalaya berkualiti tinggi dari Razowa!

Razowa hanya menggunakan 100% garam himalaya supaya anda dapat alami sendiri kebaikan dan manfaat mineral yang baik untuk kulit dan badan anda.

 

Selain di badan, anda boleh gunakan di kulit muka!

 

Selain masalah kulit, Himalayan Salt dari Razowa boleh membantu:

  • Mengurangkan bau badan
  • Membantu masalah urat tegang
  • Membaiki kualiti tidur
  • Melancarkan peredaran darah

 

Tunggu apa lagi, beli Himalayan Salt hanya di Razowa!

 

Kulit Bebas Masalah Dengan Himalayan Salt

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke Razowa.com.my
Biar saya bantu anda mencari produk yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami