
Aromaterapi adalah rawatan penyembuhan yang menggunakan minyak urut ekstrak tumbuhan semulajadi untuk menggalakkan kesihatan.
Ia dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan juga emosi kerana berurut dapat melegakan otot badan yang lenguh, di samping bau ekstrak tumbuhan yang menenangkan minda anda.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang apa itu minyak urut aromaterapi, kelebihannya serta cara penggunaannya.
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Definisi Minyak Urut Aromaterapi
Tujuan berurut secara amnya adalah untuk merawat tekanan atau sakit badan dengan menggosok dan menguli otot dan sendi badan menggunakan tangan.
Ketika mengurut, minyak urut sangat penting supaya tangan boleh meluncur di atas kulit semasa urutan.
Jika tiada minyak digunakan, tangan akan menyeret pada kulit dan ini boleh menyebabkan iritasi dan ketidakselesaan.
Terdapat pelbagai jenis minyak urut, antaranya adalah seperti minyak urut aromaterapi.
Selain daripada melegakan badan yang lenguh, beza minyak urut aromaterapi dengan minyak urut biasa adalah ia sangat bermanfaat untuk minda anda juga.
Komponen tumbuhan minyak urut ini diekstrak daripada bunga, kulit kayu, batang, daun, akar, buah dan bahagian lain tumbuhan yang diproses melalui pelbagai kaedah.
Kelebihan Minyak Urut Aromaterapi
Minyak urut aromaterapi dapat menawarkan faedah tambahan iaitu sensasi aromaterapi kepada kedua-dua pemberi dan penerima urutan.
Selain daripada melegakan otot yang lenguh, minyak urut aromaterapi juga boleh:
-
Mengurangkan stres
Menghidu minyak aromaterapi dapat mencetuskan mesej untuk dihantar ke sistem limbik otak anda, yang mengawal emosi anda, ingatan dan cara kita belajar.
Mesej ini akan menggalakkan otak untuk mengeluarkan hrmon serotonin, iaitu hormon yang membuatkan anda rasa lebih tenang dan bahagia.
Selain itu, ia juga dapat menenangkan sistem saraf anda, merendahkan tekanan darah dan membantu badan berasa lebih tenang.
-
Mengurangkan migraine dan sakit kepala
Minyak aromaterapi juga dapat mengurangkan migraine dan sakit kepala. Ini kerana ia boleh membantu melegakan otot dan mengurangkan kesakitan.
-
Mengurangkan kebimbangan
Kajian telah mendapati bahawa mereka yang menggunakan aromaterapi untuk menangani gejala kebimbangan mereka mengalami kurang kesakitan dan kemurungan.
-
Melegakan selsema
Selain daripada memberikan bau yang menyenangkan, minyak aromaterapi boleh memberikan pembasmian kuman pernafasan, dekongestan.
-
Membantu anda tidur
Bagi mereka yang mempunyai insomnia, iaitu masalah untuk tidur, menghidu minyak aromaterapi sangat membantu.
Anda akan lebih mudah tidur dengan hormon serotonin yang dikeluarkan dan sistem saraf yang lebih tenang.
-
Melembapkan kulit
Di samping itu, minyak aromaterapi juga boleh melembapkan kulit anda.
Ini kerana minyak aromaterapi bersifat anti-radang dan antibakteria yang bagus untuk kulit anda.
Cara Menggunakan Minyak Urut Aromaterapi
-
Pastikan tangan anda bersih
Sebelum anda menyentuh kulit anda atau orang lain, anda perlu pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu dengan membasuhnya menggunakan sabun dan air.
Ini bagi memastikan anda tidak akan menggosokkan kotoran dan bakteria ke dalam kulit anda.
Bakteria dan kotoran boleh menyebabkan iritasi dan masalah kulit yang lain untuk berlaku.
-
Tentukan dahulu bahagian badan yang ingin diurut
Bagi menentukan jumlah minyak yang diperlukan, anda perlu mengetahui dan menentukan bahagian badan mana yang anda akan mengurut dahulu.
Ini kerana bahagian badan yang berlainan memerlukan jumlah yang berbeza. Menentukan bahagian mana untuk diurut juga dapat mengelakkan daripada pembaziran untuk berlaku.
-
Picit jumlah minyak secukupnya pada tangan
Jumlah minyak yang dipicit ke tangan juga haruslah mencukupi pada tapak tangan anda. Memicit terlalu banyak akan menyebabkan pembaziran.
Selepas memicit ke tapak tangan, ratakan minyak tersebut. Jika minyak masih tidak cukup, tambah lagi sehingga tangan anda tidak lagi kering.
-
Mula mengurut
Tambahkan lagi minyak jika anda perlukan kerana minyak tersebut akan semakin hilang ketika anda sedang mengurut.
Ini supaya anda tidak akan tergosok kulit dengan tangan yang kering dan menyebabkan berlakunya iritasi.
Jika anda sedang mencari minyak urut aromaterapi yang berkualiti tinggi, Aromatherapy Massage Oil Razowa adalah pilihan yang terbaik untuk anda!
Aromatherapy Face & Body Massage Oil (Lemongrass) dari Razowa diperbuat daripada essential oil dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang boleh diurut pada muka dan badan.
Massage Oil ini mempunyai banyak kelebihan seperti melembabkan kulit, merawat kutikel yang kering, dan merawat tumit pecah.
Ia juga sangat sesuai digunakan oleh ibu-ibu hamil untuk melembabkan kulit di sekitar perut dan paha mereka untuk mengelakkan stretch marks.
Tunggu apa lagi? Dapatkan Aromatherapy Massage Oil Razowa sekarang!