Impak Stres Kepada Tubuh Badan Manusia

tubuh badan manusia

Stres adalah perkara biasa dalam kehidupan, tetapi boleh menjadi kronik seterusnya memberi impak buruk kepada tubuh badan manusia.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda tentang impak buruk stres kepada tubuh badan manusia.

Sebelum itu, jom kenali jenis-jenis stres. Teruskan membaca!

Jenis-jenis Stres

tubuh badan manusia

1. Stres Akut

Stres akut atau acute stress ialah reaksi jangka pendek kepada peristiwa traumatik.

Ia adalah tindak balas biasa kepada situasi sukar yang pernah dialami, di mana hampir ke semua orang dalam satu sudut kehidupan.

2. Stres kronik

Stres kronik terjadi akibat tekanan yang dirasai dalam jangka masa yang panjang.

Stres kronik perlahan-lahan melemahkan sumber psikologi seseorang dan merosakkan otak serta badan penghidapnya.

Punca utama stres ini dipengaruhi oleh tekanan akibat faktor kewangan, isu rumah tangga atau keluarga, atau faktor kerja yang tidak diminati.

Rajita Sinha, Pengarah Interdisciplinary Stress Center di Pusat Perubatan Yale menyatakan penghidap berkemungkinan merasakan mereka sukar keluar dari situasi sebegini.

Individu yang mengalami:

  • Sakit badan
  • Insomnia
  • Perubahan aktiviti sosial (lebih berdiam diri)
  • Lesu
  • Sukar fokus
  • Pertukaran selera makan
  • Penarikan emosi (emotional withdrawal)

Jika anda mengalami dua hingga lima simptom di atas, anda mungkin mengalami stres kronik.

3. Stres akut episodik

Stres akut episodik atau episodic acute stress terjadi apabila penghidap mengalami stres aku terlalu kerap.

Ada beberapa sebab yang boleh mengakibatkan anda berasa stres terlalu kerap, seperti:

  • Memikul terlalu banyak tanggungjawab
  • Bekerja dalam pekerjaan luar dari kemampuan
  • Merasa malang sepanjang masa
  • Menghadapi konflik dalaman
  • Cenderung untuk mentafsir situasi secara berlebihan

Baca Juga; Dapatkan Bentuk Badan Ideal Dengan Bengkung Razowa

Kesan Jangka Panjang Stres Terhadap Tubuh Badan

1. Masalah kesihatan mental

kesihatan mental

Tekanan boleh memberi kesan yang besar kepada kesihatan mental kita.

Ia boleh membawa kepada beberapa masalah, termasuk:

  • Anxiety (Kebimbangan)

Ketika stres, otak akan menghantar isyarat untuk melepaskan hormon kortisol yang meningkatkan rasa bimbang.

Rasa bimbang akan membuatkan anda cepat sensitif atau mengaktifkan mod fight-or-flight yang aktif sebagai sebahagian naluri survival  anda dalam suatu situasi.

  • Depression (Kemurungan)

Kemurungan adalah gangguan mood yang menyebabkan perasaan sedih, putus asa, dan tidak bernilai.

Ia adalah keadaan serius yang boleh disebabkan oleh stres.

Stres boleh menyebabkan anda sukar untuk menghadapi kehidupan seharian dan boleh menyebabkan perasaan putus asa dan putus asa.

  • Cepat marah

Tekanan boleh membuat kita lebih cepat marah dan cepat marah.

Selain itu, anda sukar untuk berurusan dengan orang apabila kita tertekan, dan kita mungkin cepat melatah  atau mudah kecewa.

2. Penyakit kardiovaskular

tubuh badan manusia

Stres boleh membawa kepada masalah jantung berdebar lebih laju dan menyebabkan badan menghasilkan adrenaline, noradrenaline dan kortisol.

Selain itu, darah akan beredar lebih banyak dari kebiasaan, mengakibatkan peningkatan tekanan darah.

Situasi ini, jika dibiarkan berlaku dalam jangka masa panjang boleh membawa kepada serangan jantung, strok dan juga tekanan darah tinggi.

3. Gangguan pemakanan

tubuh badan manusia

Stres boleh mengganggu diet pemakanan seseorang, seperti makan berlebihan, makan dengan kerap atau tidak ada selera makan langsung.

Jika stres membuatkan anda lapar berlebihan, anda cenderung untuk makan snek, gula-gula, makan diproses dan makanan segera.

Ini kerana ketika stres, tubuh badan anda menghasilkan hormon kortisol yang mempengaruhi anda untuk rasa lapar atau tiada selera makan.

4. Gangguan hormon

Banyak hormon, termasuk glukokortikoid, katekolamin, hormon pertumbuhan, dan prolaktin boleh berubah disebabkan stres berpanjangan.

Beberapa pengubahsuaian ini diperlukan untuk tindak balas fight or flight untuk melindungi diri sendiri.

Sebahagian daripada tindak balas ini boleh membawa kepada penyakit endokrin, seperti penyakit Graves, gonadal dysfunction, psychosexual dwarfism dan obesiti.

Ia juga boleh memberi perubahan klinikal kepada penyakit endokrin sedia ada, seperti pemendakan krisis adrenal atau ribut tiroid.

Secara tak langsung, stres akan merumitkan lagi keadaan penyakit anda.

5. Masalah kulit dan rambut

masalah kesihatan

Hormon kortisol memecahkan sel-sel kolagen kulit dan keelastikan kulit serta mengganggu proses peremajaan.

Ini akan mempercepatkan proses penuaan dan seterusnya menimbulkan banyak garis halus dan kedutan di kulit.

Dalam erti kata lain, individu usia muda boleh mengalami keadaan kulit sebegini jika stres berpanjangan.

Selain itu, stres juga menyumbang kepada penipisan rambut dan keguguran rambut.

6. Masalah gastrousus

Stres boleh mengganggu proses penghadaman.

Sistem saraf pusat di otak dan saraf tunjang mengawal sebahagian daripada usus.

Ia juga mengandungi rangkaian neuron sendiri dalam lapisan perut, yang dikenali sebagai sistem saraf enterik atau intrinsik.

Oleh itu, bila anda berada dalam situasi tertekan berpanjangan, ia akan mengaktifkan tindak balas flight-or-flight ke sistem saraf utama.

Ia boleh mengganggu sistem penghadaman dan boleh menyebabkan:

  • Esofagus anda mengalami kekejangan
  • Peningkatan asid dalam perut anda yang mengakibatkan senak
  • Anda rasa mual
  • Anda cirit-birit atau sembelit

7. Gangguan kesihatan reproduktif

Stres boleh menjejaskan kitaran haid dalam kalangan remaja perempuan.

Contohnya, tahap stres yang tinggi dikaitkan boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur atau tidak datang haid dalam beberapa jangka masa.

Selain itu, proses menstruasi juga boleh menjadi menyakitkan dan kitaran lebih panjang dari kebiasaan.

Bukan sahaja kitaran haid, dengan stres yang dihadapi dalam kehidupan harian seorang wanita, wanita sering menghadapi keinginan seksual yang kurang.

Apabila tahap tekanan tinggi, simptom keadaan penyakit pembiakan seperti virus herpes simplex atau sindrom ovari polikistik berkemungkinan menjadi lebih teruk.

Diagnosis dan rawatan untuk kanser reproduktif boleh memberikan tekanan, di mana ia perlu diberikan perhatian dan penjagaan khusus.

Kesimpulannya, stres yang anda alami boleh menjadi lebih teruk, di mana ia akan berpanjangan dan memberi kesan buruk kepada badan kelak.

Tahap stres yang tinggi boleh mengganggu sistem reproduktif, penghadaman dan kesihatan mental serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Jadi, jagalah kesihatan anda dari sekarang.

Tidaklah perlu habiskan puluhan ribu untuk de-stres, dengan cara yang betul, anda dapat jimat dan dapat meredakan stres dengan mudah!

Bagaimana? Baca selanjutnya!

Kurangkan Stress Dengan Set Home Spa Razowa

Selepas seharian bekerja dan menghadap jem sepanjang perjalanan pulang ke rumah, anda layak untuk mendapatkan rawatan ala spa di rumah.

●   Aromatherapy Massage Oil

tubuh badan manusia

Stres? Tubuh badan anda layak untuk mendapatkan urutan terbaik dengan menggunakan Aromatherapy Massage Oil.

Campuran premium essential oils seperti lemongrass, sweet almond dan olive oil merupakan gabungan terbaik untuk minyak urutan.

Selain mengurangkan stres, sambil berurut, tahu tak anda dapat manfaat seperti:

  • peredaran darah semakin lancar
  • kulit menjadi lebih lembab
  • bagus mengurangkan stretch mark (ibu mengandung)
  • mengurangkan keradangan kulit

Bukan dewasa saja tau boleh guna Aromatherapy Massage Oil, kanak-kanak pun boleh!

100% bahan semulajadi tanpa campuran mineral oil dan bahan kimia, memang sesuai dan terbaik untuk seisi keluarga.

 

Beli Aromatherapy Massage Oil Sekarang

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.