
Masalah kulit kusam bukan sahaja terjadi pada kulit wajah. Malah, ia juga boleh “muncul” pada tubuh badan.
Ini akan menyebabkan seseorang individu berasa tidak yakin apabila berada di hadapan khalayak.
Situasi ini semakin kerap terjadi dalam kalangan rakyat Malaysia atas faktor cuaca yang panas. Jadi, bagaimana mahu atasi masalah kulit kusam ini?
Jangan risau!
Artikel ini akan berkongsi beberapa maklumat penting seperti punca terjadinya kulit kusam dan cara untuk mengatasi dengan menggunakan sebuah produk lokal.
Anda nak tahu produk apa?
Teruskan membaca.
Apa Itu Kulit Kusam?
Buat pengetahuan anda, kulit kusam terjadi akibat daripada kelembapan yang tidak mencukupi pada tubuh?
Antara ciri-ciri kulit kusam adalah apabila anda dapati terdapat tona warna kulit yang lebih gelap daripada yang asal.
Jika dibandingkan dengan kulit tubuh yang sihat, ia memiliki kelembapan yang optimum yang menyebabkan tekstur kulit kelihatan anjal dan lembut.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kulit seseorang individu menjadi kusam, antaranya ialah:
- Usia yang semakin meningkat menyebabkan penghasilan kolagen berkurangan.
- Jumlah air yang tidak mencukupi.
- Udara kering dan cuaca panas.
- Kelembapan yang tidak mencukupi.
- Pengumpulan sel kulit mati pada anggota badan.
- Kerap makan makanan yang manis dan berminyak.
- Aktiviti yang tidak sihat seperti merokok.
Cara Hilangkan Kulit Kusam Dengan Betul
Selain daripada membuat whitening treatment di klinik, anda juga boleh mempratikkan penggunaan skrub; badan atau wajah.
Dengan penggunaan skrub, ia membantu untuk membuang sel-sel kulit mati yang ada pada tubuh.
Melalui cara ini, pori-pori anda tidak akan tersumbat dengan sebarang kotoran. Ini akan menjadikan kulit anda kelihatan lebih sihat dan halus.
Namun begitu, anda perlu tahu bahawa kulit kusam di tubuh badan adalah berbeza dengan di wajah. Hal ini disebabkan ketebalan kulit adalah berlainan pada kedua-dua bahagian ini.
Kulit tubuh badan adalah lebih tebal jika dibandingkan di wajah. Oleh itu, jika anda ingin melakukan scrubbing, pastikan anda tidak membuatnya secara kerap.
5 Kelebihan Skrub Badan
Untuk mendapatkan kulit yang lembut, halus, dan sihat, anda perlu memasukkan scrubbing dalam rutin mandian.
Anda hanya perlu melakukannya sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.
Seperti yang dinyatakan di atas, skrub badan berfungsi untuk menyingkirkan sel kulit mati dan kotoran yang tersumbat di pori-pori.
Tetapi, terdapat beberapa kelebihan memakai skrub badan, antaranya adalah:
1. Kulit jadi cerah
Jika dilihat pada anggota badan yang tersembunyi seperti lutut, kebiasaannya tona warna di situ adalah tidak sekata dan lebih gelap.
Oleh itu, anda perlu mengoles kuantiti skrub yang secukupnya pada bahagian itu untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah.
2. Otot badan lebih tenang
Dengan menjadikan scrubbing sebagai rutin mandian, anda dapat membayangkan seolah-olah seperti di spa.
Cuba anda bayangkan, mandian yang disertakan dengan urutan dan gosokan yang lembut akan membuatkan otot badan menjadi relax.
Walaupun anda tidak membuat scrubbing sekurang-kurang 3 kali seminggu, dengan adanya rutin itu anda akan dapati badan anda lebih ringan dan tidak tertekan.
3. Menyegarkan dan melicinkan kulit
Dengan melakukan scrubbing, pori-pori di kulit akan menjadi lebih bersih dan ia mudah untuk “bernafas”.
Jadi, apabila anda menggunakan losyen pada tubuh, tubuh badan akan dapat menyerap kebaikan produk tersebut dengan lebih efektif.
Lebih-lebih lagi selepas anda scrubbing. Sudah pasti kulit anda halus dan licin seperti kulit bayi!
4. Kelihatan awet muda
Selepas skrub badan, kulit anda akan menjadi lebih sihat dan anjal serta seseorang itu akan tampak lebih awet muka.
Selepas anda melakukan scrubbing, anda akan dapati kulit tubuh menjadi lebih sihat dan anjal.
Secara tidak langsung, anda akan kelihatan seperti awet muda!
Dalam pada itu, amalan scrubbing ini juga amat digalakkan untuk wanita yang sedang berpantang.
Hal ini kerana kulit anda akan mengalami proses regangan dan pengecutan ketika tempoh kehamilan.
Jadi, jangan lupa untuk serta scrubbing dalam rutin anda juga ya, mommies!
5. Kulit jadi lebih gebu
Meskipun masalah kulit kusam sudah dianggap seperti kebiasaan atas faktor perubahan hormon, tetapi jangan jadikannya sebagai alasan.
Jika anda membiarkan masalah ini berlarutan, kulit tubuh anda akan menjadi lebih kasar dan kering.
Kesimpulannya, penjagaan penampilan diri adalah amat penting; tidak kira sama ada anda seorang suri rumah atau berkerjaya.
Ingat ya, selain daripada penggunaan produk skrub, anda masih perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Pastikan anda menjaga pengambilan makanan harian dan juga bersenam secara berkala.
Buat anda yang sedang mencari produk skrub badan, anda boleh dapatkan Himalayan Salt Scrub daripada Razowa.
Dengan harga yang berpatutan iaitu RM38 sahaja, anda boleh menikmati kebaikan garam semulajadi yang sememangnya baik untuk tubuh badan.
Buat pengetahuan anda, garam Himalaya ini mengandungi mineral yang baik untuk badan seperti kalsium dan magnesium.
Jadi, apakah kebaikan Himalayan Salt Scrub daripada Razowa ini?
- Melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.
- Bantu memastikan kulit tubuh badan yang lebih halus, lembut, dan bersih.
- Membantu untuk mengurangkan masalah ketegangan otot agar anda boleh tidur lena selepas mandi.
- Boleh digunakan dalam rendaman air untuk mengurangkan bau pada bahagian kaki.
Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan produk Himalaya Salt Scrub pada harga yang berpatutan sekarang!