
Jika kita melihat video di aplikasi TikTok, semakin ramai orang yang memakai bengkung bagi mendapatkan bentuk badan ideal.
Mana tidaknya, bengkung pada masa kini adalah lebih mudah berbanding bengkung tradisional.
Hanya dengan menyarungkan bengkung seperti seluar, lemak yang menggelebeh pada perut akan “tersembunyi”.
Tetapi, persoalannya, bagaimana ingin mencari bengkung yang selesa?
Anda ingin tahu caranya? Jom baca artikel ini sampai habis!
Cara Memilih Bengkung Yang Betul
Berikut merupakan 4 cara anda perlu tahu dalam pemilihan bengkung yang betul, sesuai, dan selesa.
Antaranya ialan:
1. Pemilihan jenama dan kualiti bengkung
Seperti yang dinyatakan pada bahagian pendahuluan, terdapat pelbagai jenama bengkung dijual di media sosial.
Meskipun harga bengkung itu tampak murah, anda perlu berhati-hati ketika membeli.
Untuk penggunaan yang lebih selamat, anda boleh memilih jenama bengkung yang sudah berada di pasaran.
Hal ini kerana bengkung yang sudah di pasaran sudah mendapat kepercayaan dan testimoni yang sebenar daripada pengguna.
2. Material yang selesa
Pastikan anda memilih bengkung yang elastik, tidak berbulu, dan tahan lama.
Ini adalah untuk memastikan anda selesa ketika memakainya, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas seperti Malaysia.
Bengkung yang berbulu akan menyebabkan tubuh badan mengalami kegatalan dan ketidakselesaan.
Selain itu, ia turut akan menyebabkan kawasan pemakaian kelihatan merah-kemerahan.
Disebabkan itu, bengkung Razowa seperti Ele Girdle menggunakan kain spandex.
Ia tahan lama, menyerap peluh dan berkualiti tinggi tanpa meninggalkan kesan kegatalan pada tubuh badan.
3. Bengkung mudah pakai
Salah satu ciri bengkung yang perlu anda titik beratkan adalah memilih yang mudah dipakai.
Buat pengetahuan anda, bengkung tradisional memerlukan masa yang lama untuk memakainya.
Hal ini disebabkan anda perlu “mengikat” tali bengkung pada pinggang untuk memastikan ia tidak mudah terlucut.
Namun begitu, dengan adanya bengkung moden seperti Bengkung Ele Girdle daripada Razowa, anda hanya perlu sarung sahaja.
Zzup Zzup pakai dah siap! Semudah ABC.
Selain itu, dengan pemakaian bengkung moden yang bersesuaian dengan berat dan ukuran pinggang, anda boleh berjalan jauh dan membuat aktiviti rumah tanpa perlu risau ketidakselesaan.
4. Memilih saiz bengkung yang tepat
Kami sudah nyatakan bahawa memilih bengkung yang selesa perlu terletak pada berat badan dan ukuran pinggang.
Ini adalah untuk memastikan sifat renggang (elastik) pada bengkung bersesuaian dengan tubuh badan anda.
Jika anda memakai bengkung yang terlalu ketat, anda akan berasa tidak selesa dan sukar untuk bernafas.
Memang tidak dinafikan, pemakaian bengkung sudah menjadi kebiasaan dalam golongan anak muda dan ibu berpantang.
Tetapi, anda sebagai pembeli, haruslah berhati-hati ketika membeli. Pastikan anda beli bengkung yang berkualiti, dipercayai, dan tahan lama.
Jadi, buat anda yang sedang mencari bengkung berkualiti, anda boleh dapatkannya di Razowa.
3 Jenis Bengkung di Razowa
Di Razowa, terdapat 3 jenis bengkung iaitu:
- Ele Girdle (sesuai untuk anak-anak muda)
- Bengkung 3 Saat (lebih digalakkan untuk ibu yang sedang berpantang)
- Bengkung Zuko (sesuai untuk lelaki)
Jangan risau, ketiga-tiga koleksi bengkung daripada Razowa ini dijamin selesa, tahan lasak, seamless, dan membantu untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Dengan cara pemakaian sepantas 3 saat dan ala-ala moden, anda tidak perlu risau dengan pemakaian yang rumit dan memakan masa.
Selain itu, Razowa juga ada membuat set Combo A iaitu Bengkung Tiga Saat dan Saunami Firming Cream.
Gabungan 2 produk ini amat membantu, terutama sekali buat ibu-ibu bersalin yang ingin mendapatkan bentuk badan ideal.
Bengkung 3 Saat bukan sahaja memiliki rekaan yang selesa dan mudah dipakai, malah ia juga amat sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal atau caesarean.
Pemakaiannya yang ringkas itu tidak akan meninggalkan rasa sakit pada bahagian pembedahan. Dalam pada itu, bengkung ini juga membantu untuk menyokong abdomen dan tulang belakang para ibu.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, anda digalakkan untuk memakai Saunami Firming Cream terlebih dahulu sebelum memakai Bengkung 3 Saat.
Krim langsing ini boleh dipakai pada bahagian abdomen, pinggang, dan juga pinggul. Ia berfungsi untuk:
- Membakar lemak berlebihan
- Mengembalikan bentuk badan
- Memudarkan selulit pada tubuh badan
- Mengembalikan keanjalan kulit
Krim ini tidak meninggalkan kesan berminyak atau melekit pada tubuh badan. Jadi, anda akan berasa selesa ketika memakainya bersama Bengkung 3 Saat!
Jika anda berminat, anda boleh klik pada pautan di bawah ini untuk mendapat Combo A sekarang!
Nak bentuk badan ideal? Dapatkan Combo A Daripada Razowa Hari Ini Juga!