
Dehidrasi bermaksud jumlah air yang diterima badan manusia adalah lebih rendah daripada jumlah air yang keluar dari badan.
Hal ini boleh mengganggu sistem badan manusia daripada berfungsi dengan baik.
Cuaca yang panas meningkatkan lagi risiko badan manusia kehilangan air. Kadar air dalam badan berkurangan dan pastinya akan memberi kesan.
Hal ini kerana, dalam badan manusia terdiri daripada 60% air yang memainkan peranan penting termasuklah penghadaman, peredaran darah serta penyerapan nutrisi.
Tahukah anda terdapat beberapa punca badan manusia kekurangan air. Ia boleh terjadi apabila seseorang itu mengeluarkan air mata, berpeluh, buang air kecil, muntah, cirit birit serta demam yang panas.
Badan kita tidak dapat mengawal jumlah air yang akan digunakan atau dikeluarkan oleh badan. Jadi, kita hendaklah minum air dengan jumlah yang cukup untuk badan berfungsi dengan baik.
Orang dewasa turut terganggu dan tidak selesa jika kekurangan air dalam badan. Apatah lagi kanak-kanak yang kuat bermain dan melakukan aktiviti fizikal seperti berlari.
Sudah pasti lebih banyak jumlah air dalam badan yang hilang kerana keseronokkan bermain bersama-sama rakan mereka.
Dalam artikel ini, kita akan memperjelaskan bahaya badan manusia sekiranya mengalami dehidrasi serta keburukannya jika diabaikan.
Tanda-tanda badan manusia mengalami dehidrasi juga turut dikupas supaya orang ramai lebih cakna dengan perubahan pada badan mereka.
Bahaya Ke Dehidrasi?
Untuk badan manusia berfungsi dengan baik, ia memerlukan jumlah air yang mencukupi.
Walaupun semasa dehidrasi bermaksud kekurangan air, tapi sebenarnya jumlah garam dalam badan turut sama berkurangan bersama air.
Badan manusia boleh bertahan tanpa air selama 3 hari hingga seminggu menurut kajian yang dilakukan.
Tanpa makanan dan air, manusia masih boleh bertahan dalam 8-21 hari, dan sehingga tempoh 2 bulan jika tanpa makanan tetapi ada air yang mencukupi.
6 Tanda Dehidrasi
Badan manusia akan memberi reaksi terhadap dehidrasi berbeza mengikut umur. Di bawah kami kongsikan tanda-tanda yang terjadi apabila badan kita mengalami dehidrasi.
1. Nafas Berbau
Pasti ramai yang tak tahu, nafas berbau juga menjadi salah satu tanda anda kurang air dalam badan. Ramai yang sangka mulut berbau oleh kerana air liur.
Yang sebenarnya, air liur bertindak sebagai antibakteria. Jadi, dengan kekurangan air liur akan menggalakkan pertumbuhan bakteria dalam mulut. Seterusnya menghasilkan bau mulut yang kurang enak.
2. Kulit Kering
Apabila badan mengalami kekurangan air, kulit kita juga akan menjadi kering. Bagaimana nak tahu jika kulit kering?
Apabila dicubit, kulit akan kekal berkedut lebih lama. Dan mengambil masa yang lama untuk kembali ke asal.
Kadang kala, kulit anda akan mengelupas dan berasa pedih pada bahagian tertentu.
3. Kekejangan Otot
Kejang otot yang terjadi kerana kekurangan air dalam badan lebih kerap terjadi pada waktu panas terik. Namun, dalam cuaca sejuk pun otot mudah mengejang jika dehidrasi.
4. Demam dan Menggigil
Dehidrasi boleh mengakibatkan demam dan menggigil. Namun, suhu ketika demam itu juga boleh mengeruhkan lagi keadaan. Apabila suhu badan melebihi 39 celcius hendaklah mendapatkan khidmat bantuan doktor.
5. Mengidam Makanan Terutama Makanan Manis
Sewaktu badan terdehidrasi, badan akan menjadi lebih lesu dan badan akan lebih menginginkan makanan manis untuk menghasilkan tenaga bagi organ organ berfungsi dengan sempurna.
6. Sakit Kepala
Sakit kepala juga boleh terjadi sesama tubuh kita kekurangan air. Tidak semestinya namun ia boleh menyumbang kepada sakit yang dialami. Anda boleh minum beberapa gelas air untuk mengurangkan sakit.
Dengan cuaca yang panas sekarang akan memburukkan lagi keadaan diri. Oleh sebab itu, gunakan payung untuk melindungi diri dari cahaya terus dari matahari.
Awas! Keburukan Dehidrasi Jika Dibiar Lama
Oleh kerana isu dehidrasi tidak seperti luka yang ada di atas kulit yang sering menjadi fokus utama. Ia kurang pendedahan kepada orang awam tentang bahayanya dehidrasi jika terjadi.
Antara masalah yang sering dikaitkan jika mengalami dehidrasi adalah masalah kekejangan otot atau dikenali sebagai heat injury.
Namun jika bertambah teruk boleh mengalami lesu dan seterusnya terjadinya strok haba. Ia juga boleh mengakibatkan sawan, kejang di luar kawalan dan seterusnya tidak sedarkan diri.
Masalah buah pinggang serta pembuangan air kecil juga terganggu jika kekurangan air dalam badan.
Jangkitan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang boleh terjadi jika isu dehidrasi dibiarkan terlalu lama.
Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan jumlah darah dalam badan berkurangan seterusnya akan terjadinya tekanan darah rendah.
Lebih buruk lagi jika maut kerana kekurangan oksigen dalam badan.
Kesimpulan
Badan manusia memang memerlukan makanan dan minuman bagi berfungsi dengan baik serta untuk menghasilkan tenaga. Jadi, lebih baik untuk kita menjaga pengambilan jumlah air supaya tidak mengalami dehidrasi.
Dengan Razowa, kita bersama-sama menjaga kesihatan diri bagi kelihatan cantik dan muda.
Bagi wanita yang ingin mendapatkan badan yang lebih sihat dan segar serta mendapatkan bentuk ideal, boleh dapatkan Bengkung 3 Saat.
Bagi menanggalkan sel kulit mati dan mendapatkan kulit yang mulus, anda boleh gunakan Brightening Scrub atau Himalayan Salt Scrub dari Razowa.
Bukan sahaja untuk mendapatkan kulit yang cantik, banyak khasiat yang diperolehi jika mengamalkan produk kami.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang Razowa, anda boleh Klik Di Sini.