Skip to main content

Pelbagai Penggunaan Essential Oil untuk Aromaterapi

aromaterapi

Essential oil digunakan secara meluas dalam aromaterapi untuk meningkatkan kesihatan badan, minda dan semangat.

Bukan itu sahaja, ia juga sedikit sebanyak memberikan manfaat yang baik kepada kesihatan fizikal dan emosi.

Ini kerana essential oil mempunyai banyak manfaat dari segi perubatan dan terapeutik.

Ia wajib ada dalam kabinet ubat anda kerana keupayaan antikulat, antibakteria dan antivirusnya.

Aromaterapi berkesan apabila anda menyapu ke permukaan kulit dan bau.

Tapi, essential oil perlu dicampur dengan carrier oil  seperti minyak kelapa dara, minyak jojoba dan minyak zaitun supaya tidak terlalu kuat untuk kulit.

Selain itu banyak juga alternatif lain selain carrier oil untuk menggunakan essential oil sebagai aromaterapi.

Kami akan kongsikan cara menggunakan essential oil dalam produk lain. Teruskan membaca!

Essential Oil Sebagai Aromaterapi: Pelbagai Cara Menggunakannya

aromaterapi

1. Essential oil + diffuser

aromaterapi

Diffuser ialah peranti yang digunakan dengan meletakkan beberapa titik essential oil ke dalam air diffuser.

Terdapat beberapa jenis essential oil untuk diffuser yang anda boleh gunakan.

2. Essential oil + skincare

essential oil

Selain menggunakannya dengan diffuser, anda boleh juga menggunakan essential oil dengan skincare anda.

Kandungan essential oil boleh dikatakan kuat atau potent yang boleh memberikan iritasi. Jadi, sebaiknya campurkan beberapa titik minyak ini dengan minyak lain (carrier oil).

Anda boleh rujuk di internet untuk resipi campuran minyak yang berkesan supaya tidak merosakkan kulit.

Gunakan campuran minyak ini sebagai face oil sebagai minyak urutan muka selepas hari yang panjang dan sibuk.

3. Essential oil + produk mandian

essential oil

Untuk dapat mandian yang memberikan keselesaan dan wangi, anda boleh tambah beberapa titik essential oil dalam syampu, perapi dan sabun mandi.

Selain itu, boleh juga titikkan ke kain scrub dan mengesat kain untuk menanggalkan daki di kulit badan.

4. Essential oil + humidifier

essential oil

Selain cara di atas, anda boleh juga tambahkan essential oil ke dalam humidifier anda.

Humidifier, lazimnya, digunakan untuk  melembapkan udara yang kering. Ia juga digunakan untuk merawat kulit yang kering.

Menambahkan essential oil dalam humidifier boleh menambahkan manfaat wangikan rumah dan manfaat kepada kulit melalui khasiat essential oil itu sendiri.

Baca juga; Minyak Urut Aromaterapi: Urutan “Sedap” Ala-ala di Spa!

Kebaikan Essential Oil Untuk Badan

Untuk pengetahuan anda, orang Parsi dikreditkan dengan penciptaan penyulingan essential oil pada abad ke-10, kemungkinan amalan itu mungkin telah wujud lebih lama lagi.

Pada abad ke-16, maklumat mengenai penyulingan essential oil telah diterbitkan di Jerman. Pada abad kesembilan belas, pakar perubatan Perancis menemui potensi terapeutik essential oil.

Walaupun tidak banyak kajian tentang manfaatnya dilakukan ke atas essential oil, ia sememangnya diperkaya dengan pelbagai manfaat kepada kesihatan.

Essential oil, bukan sahaja murah, ia juga suatu produk yang versatil dan jalan mudah untuk anda mencapai kualiti hidup dan kesihatan.

Melalui essential oil, anda boleh mendapatkan manfaat aromaterapi yang boleh membantu:

  • menguruskan kesakitan
  • meningkatkan kualiti tidur
  • mengurangkan tekanan, rasa tekanan, dan kebimbangan
  • melegakan sakit sendi
  • merawat sakit kepala dan migrain
  • melegakan kesan sampingan kemoterapi
  • meredakan ketidakselesaan semasa bersalin
  • melawan bakteria, virus atau kulat
  • memperbaiki penghadaman
  • meningkatkan imuniti
  • Meningkatkan kualiti hidup
  • Memperbaiki mood
  • Meningkatkan kesihatan respiratori

Kesimpulannya, dengan bermacam jenis bauan essential oil dari lemongrass hingga ke bauan lavender, anda boleh menikmati manfaat essential oil ini dengan mudah.

Cara biasa menggunakan produk ini selalunya hanya dengan menghidunya dan menjadikannya minyak urutan. Tapi, diingatkan, perlu dicampur terlebih dahulu dengan minyak lain.

Campuran ini anda boleh guna untuk kulit. Boleh juga anda tambah ke dalam produk mandian seperti syampu rambut dan sabun badan.

Alami Kebaikan 8 in 1 Dengan Aromatherapy Massage Oil Razowa

aromaterapi

Aromatherapy Massage Oil dari Razowa diformulasi dengan Lemongrass atau serai sebagai bahan utama, di samping sweet almond dan olive oil.

Dah baca kan bahan apa je yang digunakan? Maksudnya semua bahan yang digunakan 100% bahan semulajadi tanpa campuran mineral oil dan bahan kimia!

Kegunaan Aromatherapy Massage Oil ialah 8 dalam 1 sebagai:

  • Minyak urut
  • Minyak untuk rawatan rambut rosak
  • Rawatan tumit kaki pecah
  • Make up remover
  • Cuticle kering
  • Rawatan kulit kering
  • Rawatan stretch mark disebabkan mengandung
  • Rawatan kulit radang atau iritasi

Buat apa beli lapan produk untuk setiap satu manfaat kalau boleh dapat 8 manfaat produk dalam 1?

Apa tunggu lagi, jom beli Aromatherapy Massage Oil dari Razowa sekarang!

Tekan link di bawah untuk buat pembelian.

 

Aromatherapy Massage Oil

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.