Skip to main content

Jangan Buat 9 Perkara Ini Semasa Berpantang!

berpantang

Berpantang ini merupakan satu amalan yang dikira wajib dilakukan bagi ibu-ibu selepas bersalin untuk memastikan badan pulih ke keadaan asal.

Tak kiralah dengan keluarga atau bersendirian, berpantang tidaklah semudah yang disangka dan ibu-ibu mungkin akan melakukan kesilapan semasa berpantang.

Tetapi kalau berpantang sendirian, pasti akan lebih sukar sebab tiada siapa yang dapat menegur.

Suami pun tiada pengalaman jadi macam mana?

Nasib baik anda jumpa artikel ini. Di sini kami senaraikan 9 perkara yang anda kena elakkan semasa berpantang.

9 Kesilapan Semasa Berpantang

Pantang larang selepas bersalin sememangnya banyak, sampaikan ada ibu-ibu lepas bersalin yang tak larat nak ikut.

Ada juga yang melanggar atau bermalasan dalam berpantang.

Kami faham tetapi anda kena pastikan anda tidak melakukan 9 kesilapan berpantang seperti di bawah:

  • Abaikan kesakitan

berpantang

Selepas bersalin, memang badan akan selalu rasa sakit-sakit.

Banyak amalan berpantang seperti bertungku dan berurut dapat membantu mengembalikan kesegaran pada tubuh para ibu.

Zaman sekarang, bidan dan tukang urut bukan lagi hanya ikut adat tetapi ramai yang boleh memberi nasihat berdasarkan fakta sains dan hukum agama.

Jadi, jangan segan silu dan berkomunikasi dengan bidan atau tukang urut jika anda sakit di mana-mana.

Kalau anda rasa sakit terlalu serius, jangan abaikan dan terus jumpa doktor.

  • Selalu keluar rumah

Apa salahnya kalau nak keluar rumah?

Tiada masalah pun tetapi anda kena ingat, anda seorang ibu sekarang jadi anda kena bertanggungjawab bukan sahaja terhadap diri anda tetapi bayi anda.

Seeloknya, jangan keluar bersendirian semasa berpantang. Minta suami atau ahli keluarga anda teman.

Boleh nak keluar jika ada urusan penting seperti mencari keperluan bayi atau ke hospital.

Kalau nak keluar pun, pastikan bayi anda berpakaian sesuai dan elakkan tempat sesak kerana bayi baru lahir adalah sensitif dan mudah terdedah pada kuman.

  • Kurang minum air

kurang minum air

Ibu-ibu yang berpantang cara lama ada yang takut nak minum air tetapi perkara ini perlu dielakkan.

Minumlah air secukupnya untuk pastikan badan anda kekal terhidrat, tidak mengalami sembelit dan yang paling penting sekali, penghasilan susu badan tidak terjejas.

  • Tak jaga makan

Mesti anda pelik sebab biasanya orang berpantang ni adalah lebih tegas bila bercakap tentang pemakanan.

Ya, tidak dapat dinafikan tetapi ada sesetengah ibu-ibu yang banyak dan suka makan makanan berproses.

Atau makan biskut, roti dan air milo saja sebab tak tahu nak masak apa sebab takut pantang makanan.

Jadi, elakkan jadi di antara ibu-ibu yang tak jaga makan.

Sekarang, banyak menu dan resepi berpantang yang anda boleh dapatkan di laman web dan blog masakan.

  • Tiada perancangan

berpantang

Tak dapat nak disalahkan terutamanya ibu-ibu yang sibuk dengan kerja dan urusan lain jika tiada perancangan bila bab berpantang.

Ramai yang menyangka berpantang dengan ahli keluarga jadi buat apa nak risau?

Tak boleh macam tu!

Anda kena ambil tahu tentang berpantang dan mengambil sedikit masa untuk selarikan rentak hidup sebelum dan selepas bersalin.

Yang paling penting, anda kena merancang supaya kesihatan diri dan bayi anda terjaga.

  • Fobia mandi

Fobia nak mandi ni bukanlah sesuatu yang luar biasa di kalangan ibu berpantang.

Kami faham kerana rengat dan luka pun belum pulih, tak kiralah bersalin cara apa sekali pun.

Tetapi kebersihan diri amatlah penting untuk mengelakkan daripada pelbagai jenis kesakitan dan jangkitan.

  • Tak pakai stoking

berpantang

Antara pantang yang selalu dilanggar ibu-ibu adalah pemakaian stoking.

Apa yang pentingnya memakai stoking ni?

Amalan ini adalah untuk mengelakkan urat kaki daripada tersimpul atau badan masuk angin.

Kalau malas sangat pun, pakailah selipar lembut dalam rumah supaya ada lapik antara kaki dengan lantai rumah.

Ikutkan kajian saintifik, memang ada banyak manfaat kesihatan memakai stoking terutamanya semasa tidur jadi elakkan tidur tanpa memakai stoking.

  • Buat banyak kerja

Kalau ibu yang berpantang dengan keluarga, memang ditegahnya untuk lakukan kerja-kerja rumah.

Tetapi bagi ibu yang berpantang sendirian, siapa lagi kalau bukan kita atau suami?

Jadi, mintalah tolong suami sepanjang berpantang terutamanya kerja-kerja yang banyak bergerak seperti mencuci baju dan menyapu rumah.

Fokuskan pada kesihatan diri dahulu dan elakkan buat terlalu banyak kerja rumah.

  • Malas berbengkung

Yang terakhir mungkin antara yang paling ramai dilakukan oleh ibu-ibu iaitu malas pakai bengkung.

Berbengkung ni bukan sahaja untuk mengembalikan kelangsingan tubuh ya, tetapi banyak lagi manfaat kesihatan lain.

Antaranya adalah membantu postur badan, hilangkan sakit belakang, mengecutkan rahim yang bengkak dan menetapkan kedudukan peranakan daripada jatuh.

Zaman sekarang, banyak jenis bengkung yang ada di pasaran.

Anda dah tak perlu risau tentang leceh-leceh ikat bengkung lagi sekarang sebab ada bengkung moden yang mudah, zap zap zap, dah siap pakai!

Bengkung apa yang mudah sangat nak pakai tu?

Bengkung Tiga Saat

bengkung razowa

Nama pun bengkung tiga saat jadi memang sangat cepat ya nak pakaikannya.

Tak perlu bantuan orang pun anda boleh pakai sendiri!

Bengkung tiga saat oleh razowa ini adalah bengkung bersalin yang direka untuk ibu-ibu moden yang inginkan kepantasan dan kemudahan dalam memakai bengkung.

Sesuai untuk ibu bersalin normal dan caesarean (pembedahan), anda tak perlu risau lagi kerana ikatannya kejap tetapi tidak menekan bahagian luka pembedahan.

Yang lagi menariknya, bengkung ini tidak menghalang malah memudahkan pergerakan anda terutamanya jika ke tandas.

Materialnya lembut khas untuk keselesaan maksima di bahagian pinggang dan perut.

Walaupun lembut, bengkung ini akan menyokong abdomen dan tulang belakang belakang anda tetapi tidak panas dan serap peluh.

Terdapat tiga saiz buat para ibu iaitu free size, plus size dan extra saiz yang boleh dipakai oleh para ibu yang bersaiz 4xl!

Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkannya.

 

Tempah Sekarang!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke Razowa.com.my
Biar saya bantu anda mencari produk yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami