Skip to main content

5 Cara Home Spa Rawat Masalah Tumit Merekah

tumit merekah

Penjagaan kesihatan tumit sering kali diabaikan dalam rutin penjagaan harian.

Namun, dengan set penjagaan yang tepat, kita boleh melakukan home spa sendiri untuk merawat masalah tumit yang kering dan merekah.

Dalam blog ini, kita akan membincangkan 5 cara mudah untuk melakukan home spa dan menjaga tumit kita supaya kekal sihat dan cantik.

Sebelum itu, ayuh kita kupaskan faktor-faktor yang menyebabkan tumit merekah.

 

Apakah Faktor Tumit Merekah?

faktor kulit merekah

Antara tanda awal masalah tumit merekah adalah munculnya kawasan kulit menebal dan kering di tumit.

Faktor-faktor tumit merekah adalah seperti berikut:

  • Kekurangan kelembapan

Jika kulit anda kurang lembap, ia boleh menyebabkan kulit tumit menjadi kasar dan merekah. 

  • Penggunaan kasut yang tidak sesuai

Memakai kasut yang tidak sesuai atau yang tidak menyokong tumit juga dapat menyebabkan tumit merekah. 

  •  Keadaan kulit yang tidak sihat

Selain itu, penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema juga merupakan penyumbang kepada tumit merekah. 

  • Berdiri terlalu lama

Jika anda kerap berdiri atau berjalan terlalu lama boleh menyebabkan tekanan pada tumit dan menyebabkan tumit kaki kering.

Namun begitu, jangan risau, terdapat beberapa cara untuk merawat tumit merekah.

 

5 Cara Lembutkan Tumit Merekah

cara lembutkan kulit merekah

Untuk melembutkan tumit merekah, terdapat beberapa cara yang anda boleh cuba lakukan dari rumah. 

  • Losyen/Pelembap

Antara cara yang paling berkesan anda boleh lakukan dengan mudah di rumah, dengan menyapu losyen atau pelembap pada tapak kaki dan tumit.

Adalah lebih baik jika anda boleh pilih losyen yang dibuat daripada bahan organik dan semulajadi.

Elakkan menggunakan losyen yang terlalu wangi atau tinggi kandungan bahan kimianya.

Anda juga boleh menggunakan pelembap seperti Vaseline sebagai alternatif losyen. 

  • Minyak

Selain losyen dan pelembap, anda boleh menggunakan minyak untuk merawat masalah rekahan di kaki.

Antaranya minyak yang sesuai untuk digunakan adalah minyak zaitun, minyak kelapa, dan minyak badam.

Penggunaan minyak pada kulit kering yang meresap ke kulit dan sekaligus membantu meningkatkan kelembapan serta merawat rekahan. 

  • Lemon dan garam

Seperti yang kita ketahui, lemon adalah salah satu bahan yang sangat terkenal di seluruh dunia sebagai home remedy.

Ia bukan sahaja memiliki pelbagai khasiat yang bermanfaat, lemon juga mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit.

Manakala garam pula dapat mencegah jangkitan pada luka atau kulit kaki yang merekah.

Caranya sangat senang. Anda hanya perlu rendam kaki dalam air suam yang campur perahan lemon dan garam.

Selain baunya yang wangi, lemon dan garam juga dapat membunuh bakteria yang boleh menjangkiti tumit anda yang merekah. 

  • Asam keping/Asam jawa

Anda tiada lemon di rumah? Jangan risau, anda juga boleh menggunakan asam keping untuk merawat tumit merekah.

Anda hanya perlu campurkan beberapa kepingan asam keping dalam sebesen air suam dan rendam kaki selama 30 minit.

Amalkan setiap malam.

Anda juga boleh melumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya. 

  • Minum air secukupnya

Namun begitu, tidak kira apa usaha yang anda lakukan untuk merawat tumit merekah, perkara yang paling penting yang harus dilakukan adalah memastikan badan anda kekal terhidrat.

Pastikan anda mengambil air yang mencukupi setiap hari.

Air sangat penting untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak kering.

Kekurangan air dalam badan bukan sahaja menyebabkan kulit kering, tetapi juga dapat menyebabkan pelbagai masalah lain.

 

Jika anda sudah cuba semua cara di atas tetapi masalah tumit merekah anda masih tidak dapat diselesaikan, cubalah Homey Pedicure Set (Pampering) oleh Razowa.

homey pedicure set pampering

Set ini dapat membantu anda untuk merawat masalah tumit kaki pecah, kering, dan kasar dalam masa 30 minit sahaja di rumah.

Anda tidak perlu lagi berbelanja mahal di spa apabila anda boleh melakukannya di rumah.

Pampering Set ini mengandungi Himalayan Salt Scrub & Bath memberikan garam mineral seperti kalsium dan magnesium yang dapat memberi manfaat untuk kulit.

Faedah menggunakan Homey Pedicure Set (Pampering) adalah menghaluskan tumit kaki yang kasar, merawat tumit pecah, melembabkan kulit kering, mengelakkan jangkitan bakteria dan kulit, serta membersihkan dan mengilatkan kuku kaki.

Selain Homey Pedicure Set (Pampering), anda juga boleh dapatkan Homey Pedicure Set (Brightening) dari Razowa.

homey pedicure set brightening

Set ini mengandungi bahan-bahan organik dan semulajadi yang dapat menghilangkan daki serta mencerahkan kulit kaki anda.

Baca juga:

5 Cara Manjakan Diri dengan Buat Spa di Rumah

 

Senang bukan nak merawat masalah kulit kering dan merekah?

Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan kaki untuk tampil lebih berkeyakinan.

Razowa adalah sebuah perusahaan yang menyediakan produk yang berfokus pada kecantikan dan kesihatan kulit.

Mereka menawarkan pelbagai jenis produk seperti skrub badan, krim pelangsing, serta bengkung.

Apa tunggu lagi, dapatkan set ini sekarang! 

 

Dapatkan produk dari Razowa hari ini!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke Razowa.com.my
Biar saya bantu anda mencari produk yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami