
Seperti kulit wajah, tubuh kita juga memerlukan scrub badan terbaik untuk membuang sel-sel kulit mati.
Perbuatan scrub badan ini sangat penting bagi membantu pertumbuhan kulit baharu setelah menggantikan sel-sel kulit mati.
Hasilnya, kulit akan tampak lebih bersih, cerah dan glowing!
Siapa yang tidak mahu kulit; baik badan mahupun muka, tampak glowing secara sihat, kan?
Kali ini, kami akan kongsikan bersama anda senarai 6 produk scrub badan yang terbaik pada tahun 2022 ini. Tunggu apa lagi?
Teruskan membaca!
Senarai 6 Produk Scrub Badan Terbaik 2022
Kepada anda yang mencari produk scrub badan terbaik dan yang bersesuaian untuk kulit anda, jangan risau, kami ada jawapannya.
1. Razowa brightening scrub
Razowa brightening scrub merupakan formulasi garam laut bersama agen antioksidan, vitamin c dan e yang membantu mencerahkan kulit anda.
Ianya sangat berkesan untuk mencerahkan parut dan kulit badan yang gelap seperti di bawah lengan, celah kangkang, lutut dan tumit.
Yang seronoknya, physical exfoliator ini mempunyai tekstur yang lembut dan sesuai digunakan setiap hari semasa mandi.
2. Razowa himalayan salt scrub
Scrub ini diperbuat daripada garam himalaya yang mengandungi pelbagai kebaikan seperti membantu pelancaran darah dan yang paling penting mengurangkan sel kulit mati dan kotoran pada kulit.
Himalayan salt scrub ini mempunyai tekstur yang lebih lembut dan halus untuk kegunaan seluruh badan.
Bagusnya scrub ini, ia mengandungi 100% bahan semulajadi yang penuh dengan kalsium, magnesium, potassium dan mineral-mineral baik untuk kulit dan badan.
3. Dermalogica thermafoliant body scrub
Scrub ini mengandungi ekstrak licorice, white tea, coffeeberry, chamomile dan lactic acid yang sesuai untuk semua jenis kulit.
Kandungan utama scrub ini adalah malic acid dan lactic acid yang bertindak secara chemical untuk mencerahkan dan memperbaiki permukaan kulit.
Scrub ini turut mengandungi garam laut asli untuk membuang kulit mati secara fizikal.
4. Tanamera toning green coffee body scrub
Scrub ini mempunyai tekstur krim berbutir dan mengandungi serbuk kopi arabica, grape seed oil dan sunflower oil.
Ia boleh mengurangkan penampilan selulit dan memberi kelembapan pada kulit.
5. Skinfood black sugar facial and body scrub mask wash off
Scrub dari skinfood ini mengandungi black sugar, macadamia seed oil dan shea butter dan teksturnya krim berbutir.
Sesuai dengan semua jenis kulit, scrub ini kaya dengan kandungan mineral dan vitamin yang boleh exfoliate kulit dengan lembut dan semulajadi.
Scrub ini boleh mengembalikan kelembapan dan hidrasi pada kulit serta ianya boleh juga digunakan pada kulit muka.
6. Mustika ratu lulur kocok sri gading
Diperbuat daripada bahan semulajadi seperti temugiring rimpang lumut, daun kuning, bunga kunyit dan kenanga, tekstur scrub ini seperti cecair dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
Scrub ini boleh menyejukkan kulit yang letih dan kusam akibat pencemaran, siaran uv dan tekanan.
Kepentingan Melakukan Scrub Badan
Untuk memiliki kulit yang halus dan lembut, losyen dan sabun kecantikan semata-mata tidak cukup.
Anda juga perlu menggunakan scrub badan untuk pastikan kulit anda sihat dan bersih.
1. Membuang sel-sel kulit mati
Secara natural, badan kita sememangnya menghasilkan sel kulit mati tetapi prosesnya agak lambat.
Scrub badan mampu membantu untuk mempercepatkan proses membuang sel-sel kulit mati dan menggalakkan untuk kulit baharu tumbuh dengan sihat.
2. Pencerahan kulit
Kebanyakan scrub mengandungi mineral yang baik untuk kulit terutamanya dalam membuatkan kulit tampak cerah dan memberikan nutrisi yang diperlukan pada kulit.
Kulit yang kusam kebiasaan adalah disebabkan pengumpulan sel-sel kulit mati yang boleh disingkirkan dengan menggunakan scrub badan.
3. Melancarkan peredaran darah
Proses scrub yang dilakukan dengan pergerakan mengurut boleh membantu peredaran darah ke permukaan kulit.
Secara tidak langsung, kulit terasa lebih segar selepas digosok.
Peredaran darah yang lancar juga bermanfaat untuk membantu meremajakan sel-sel kulit.
4. Atasi selulit dan cegah penuaan
Pelbagai scrub di pasaran kini mempunyai bahan-bahan yang terbukti membantu mencegah timbulnya tanda penuaan pramatang.
Antara contoh adalah skrub yang diperbuat daripada kopi dan manggis.
Kesimpulan
Penjagaan kulit tidak terhenti di dagu, tetapi merangkumi seluruh badan.
Scrub badan merupakan salah satu langkah penjagaan diri yang perlu dimasukkan dalam rutin anda.
Jika anda berminat untuk mendapatkan alat penjagaan diri, lawatilah laman web razowa.
Anda boleh dapatkan pelbagai jenis alat penjagaan diri di razowa seperti body scrub, minyak urut aromaterapi dan set pedikur.
Yang paling menarik, semuanya dijual dengan harga mampu milik!
Kesemua alat penjagaan diri ini diperbuat di malaysia dan daripada bahan semulajadi yang telah mendapat kelulusan kkm.
Jika anda ingin merasakan ala-ala di spa, pilihlah set penjagaan diri razowa yang sememangnya menjadi pilihan orang ramai.
Jadi tunggu apa lagi?