Minyak Urut Untuk Ibu Mengandung: 6 Pilihan Terbaik

minyak urut

Minyak urut sering digunakan oleh ibu mengandung bagi membantu melegakan ketegangan otot, mengurangkan rasa tidak selesa serta memberikan ketenangan sepanjang tempoh kehamilan. Pemilihan minyak yang sesuai dan selamat amat penting kerana tubuh ibu sedang mengalami perubahan fizikal dan hormon.

Artikel ini akan berkongsi pilihan minyak urut terbaik untuk ibu mengandung serta panduan ringkas bagi memastikan penggunaannya memberi manfaat tanpa menjejaskan keselamatan ibu dan bayi.

Seperti yang kita ketahui, sakit pinggang dan punggung serta lenguh kaki adalah perkara biasa yang dihadapi oleh ibu hamil.

Urutan pranatal yang sesuai bukan sahaja dapat membantu melegakan masalah tersebut tetapi juga dapat mengurangkan pembengkakan kaki, sakit kepala dan kesesakan sinus.

Oleh itu, penggunaan minyak urut yang baik adalah sangat penting untuk memastikan kesihatan ibu mengandung tidak terjejas.

Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut!

6 Minyak Urut Terbaik

Terdapat pelbagai minyak urut di pasaran. Namun, anda harus memilih minyak urut yang berkualiti tinggi untuk mendapat manfaat sepenuhnya.

  1. Razowa Aromatherapy Massage Oil
minyak urut Razowa

Sememangnya tidak boleh diragui bahawa minyak urut Razowa adalah antara yang terbaik di pasaran.

Razowa Aromatherapy Massage Oil diperbuat daripada essential oils dan ekstrak tumbuhan yang dirumus khas untuk keperluan kulit dan badan.

Minyak aromaterapi ini bukan sahaja sesuai digunakan pada badan, malah selamat digunakan pada kulit muka.

Antara manfaatnya ialah melembapkan kulit, merawat kutikel kering serta membantu mengatasi tumit pecah.

minyak urut aromaterapi

Ia juga boleh digunakan oleh ibu hamil sebagai pelembap kulit di kawasan perut dan paha bagi membantu mengelakkan stretch marks.

Ibu hamil digalakkan menggunakannya setiap kali selepas mandi, bermula dari trimester pertama sehingga kelahiran bayi.

  1. Green Herbology Lavender Massage Oil
lavender massage oil

Minyak ini merupakan minyak terapeutik yang diformulasi dengan mineral dan minyak sayuran serta boleh disapu terus ke kulit.

Ia membantu melegakan sakit kepala, masalah pencernaan, sakit badan serta membantu mengurangkan insomnia dan kegelisahan.

Minyak lavender ini juga sesuai untuk individu yang sensitif terhadap wangian dan bersifat hypoallergenic.

Tips Mengurut Ibu Hamil

Mengurut dengan cara yang betul dapat memberi kesan baik kepada ibu hamil. Berikut merupakan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian.

  1. Menggunakan minyak urut yang selamat
    • Pastikan pengurut menggunakan minyak urut yang selamat dan sesuai untuk ibu hamil.
    • Elakkan penggunaan minyak seperti oregano, pudina, basil dan rosemary kerana ia boleh merangsang pengecutan rahim.
    • Pemilihan minyak yang tepat amat penting bagi memastikan keselamatan ibu dan bayi.
    • Kami mengesyorkan penggunaan Razowa Aromatherapy Massage Oil kerana kandungannya yang lembut dan tidak berbahaya.
  2. Urutan tidak terlalu kuat
    • Teknik urutan ibu hamil berbeza daripada urutan biasa dan perlu dilakukan dengan berhati-hati.
    • Tahap tekanan, posisi badan serta cara urutan memainkan peranan penting bagi mengelakkan ketidakselesaan.
    • Elakkan urutan pada bahagian abdomen, pergelangan kaki dan tapak tangan kerana kawasan ini boleh merangsang pengecutan rahim.
  3. Tidak berurut dalam posisi meniarap
    • Posisi meniarap tidak sesuai untuk ibu hamil kerana ia boleh memberi tekanan berlebihan pada bahagian abdomen.
    • Posisi mengiring adalah paling disarankan kerana ia membantu mengurangkan tekanan dan memberi keselesaan kepada ibu hamil.
  4. Dapatkan urutan daripada tukang urut diiktiraf
    • Pilih tukang urut yang mempunyai latihan, pengalaman dan pengiktirafan khusus dalam urutan antenatal.
    • Badan ibu hamil memberi tindak balas berbeza terhadap rangsangan, maka kepakaran tukang urut amat penting untuk menjamin keselamatan ibu dan kandungan.

Sudahkah anda memilih minyak urut yang sesuai untuk anda?

Kami mencadangkan Razowa Aromatherapy Oil kerana ia selamat, semula jadi dan sesuai untuk seisi keluarga.

Dapatkan Minyak Urut Razowa Anda Hari Ini!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.