
Para ibu yang mengandung terutamanya bagi mereka yang baru sahaja mengalami perkara ini buat pertama kali, mereka harus tahu tanda-tanda hendak bersalin.
Jika tidak, ia boleh membawa kepada masalah lain untuk ibu dan anak yang baru lahir. Ini terjadi kerana si ibu tidak mengambil langkah yang sepatutnya.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang bersalin dan juga 8 tanda-tanda yang anda perlu tahu supaya semua berjalan dengan lancar.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah.
Apa itu bersalin?
Bayi yang baru lahir merupakan anugerah yang teristimewa daripada Tuhan. Ia tidak dapat digambar melalui perasaan mahupun kata-kata.
Kelahiran bayi akan berlaku selepas tamatnya waktu kehamilan anda iaitu antara minggu ke-37 atau ke-42.
Terdapat juga kes kelahiran anak yang berlaku di luar jangkaan tarikh iaitu Estimated Due Date.
Selain itu, kelahiran anak boleh dikenalpasti melalui pemerhatian ketika bersalin. Ia terdiri daripada secara semula jadi dan pembedahan (Cesarean).
Bagi ibu yang melahirkan anak secara normal, mereka biasanya akan mengalami proses penyembuhan yang lebih murah, kurang berisiko dan komplikasi berbanding secara Cesarean.
Namun anda tidak perlu risau kerana kelahiran secara Caesarean adalah perkara biasa.
Doktor akan membuat keputusan tentang perkara ini. Jadi, anda tidak perlu risau tentang masalah yang akan timbul ketika melahirkan anak.
8 Tanda-tanda Bersalin
Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda 8 tanda-tanda yang anda perlu tahu terutamanya bagi ibu yang mengandung buat kali pertama.
-
Air Ketuban Pecah
Ini merupakan tanda yang paling diketahui oleh kebanyakan orang. Sebelum air ketuban anda pecah, biasanya akan berlaku kontraksi yang teruk.
Air anda biasanya akan pecah disebabkan oleh air jernih yang lebihan. Jika air ketuban anda pecah, anda perlu ke hospital dengan segera untuk bantuan doktor.
-
Sakit Belakang Dengan Kerap
Tanda seterusnya adalah anda akan merasa kesakitan pada bahagian belakang dengan kerap. Anda akan merasanya di bahagian bawah atau bahagian abdomen.
Ini kerana bayi dalam kandungan anda telah menurun ataupun mengubah kedudukan serta menekan tulang belakang anda kerana tarikh kelahiran anak sudah mendekati.
-
Kontraksi Braxton-Hicks
Ini adalah perkara yang sangat penting untuk diketahui kerana ia merupakan tanda anda bakal melahirkan anak.
Jika anda tidak biasa, anda mungkin akan menganggapnya sebagai kontraksi biasa.
Kebiasaannya, anda tidak akan rasa sakit pada waktu itu. Namun begitu, ia akan berasa semakin sakit apabila anda mendekati waktu melahirkan anak.
Ia dikenali sebagai kontraksi palsu dan boleh berlaku 1 atau 2 minggu sebelum anda melahirkan anak.
-
Pergerakan Bayi Semakin Kurang
Jika anda merasa bahawa bayi dalam kandungan kurang bergerak, ia adalah tanda bahawa si anak kandungan sudah bersedia untuk keluar.
Ini kerana tidak semua tempoh kehamilan adalah sama untuk semua orang. Terdapat juga ibu mengandung yang melahirkan anak lebih awal dari dijangka.
Tanda ini sangat penting untuk diketahui supaya tidak berlaku apa-apa masalah kesihatan kepada anda dan bayi.
-
Semakin Kerap Buang Air Kecil
Ini akan berlaku bagi ibu yang sudah berada pada hujung waktu kehamilan. Ini kerana posisi bayi semakin menurun dan akan memberi tekanan pada pundi kencing.
Oleh itu, ia akan menyebabkan anda berasa untuk selalu buang air kecil. Ia biasanya berlaku pada hujung trimester anda iaitu sekitar 2 minggu sebelum kelahiran.
-
Lendiran Darah
Bagi mereka yang semakin dekat dengan tarikh kelahiran, mereka mungkin akan mengalami cecair lendiran darah keluar daripada pintu rahim.
Ini juga dikenali sebagai bloody show. Ini berlaku kerana dinding serviks anda semakin menipis.
Jika perkara ini berlaku, anda disarankan untuk ke hospital dengan segera kerana tempoh kehamilan anda hampir tiba.
-
Posisi Bayi Semakin Bawah
Anda juga akan berasa bayi anda semakin jatuh ke bawah kerana ia bersedia untuk keluar dari kandungan anda. Ini berlaku kerana kepala bayi semakin turun di bahagian pelvis.
Ia biasanya akan berlaku sekitar 2 hingga 4 minggu sebelum anda melahirkan bayi. Ini tanda yang sangat ketara dan penting untuk diketahui oleh ibu baru.
-
Cirit-birit atau Loya
Hormon kelahiran akan dihasilkan oleh badan apabila anda semakin dekat dengan waktu kelahiran. Ini akan menyebabkan perut anda berasa tidak selesa.
Anda akan berasa kekejangan di bahagian perut sehingga menyebabkan anda selalu membuang air besar. Tindakan ini untuk mengosongkan susu dan memberi ruang kepada bayi.
Ia juga akan membuat anda berasa loya dan kurang berselera untuk makan.
Kesimpulannya, ibu yang hamil perlu mengambil tahu tentang tanda-tanda bersalin supaya anda lebih bersedia sebelum melahirkan anak.
Jika anda ingin kembalikan bentuk tubuh badan seperti dahulu, anda boleh cuba bengkung dari Razowa!
Kami bawakan bengkung 3 saat yang sangat sesuai untuk ibu-ibu, tidak kira cara secara normal atau Cesarean.
Bengkung 3 saat ini mudah dipakai dan memberi sokongan penuh tanpa memberi tekanan pada bahagian pembedahan jika anda bersalin secara Cesarean.
Apabila bengkung dipakai setiap hari, maka lebih mudah untuk membentuk semula badan dan menyokong abdomen dan tulang belakang.
Bahan material yang lembut membuatkannya pilihan yang sangat sesuai untuk ibu yang baru sahaja melahirkan anak!
Apa lagi yang anda tunggu? Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang produk kami atau ingin tahu dengan lebih lanjut, sila ke laman web kami di sini.