
Semua para ibu pasti hendak mengempiskan perut selepas bersalin, walaupun setelah bersalin berat akan turun tetapi pasti ada lemak-lemak dan lebihan kulit yang tidak dapat dihapuskan. Tetapi, jangan risau tau sebab saya akan bagi 7 tips mengempiskan perut selepas bersalin!

#Tips 1 Bengkung 3 Saat Razowa
Salah satu cara yang sangat berhasil dalam mengempiskan perut selepas bersalin adalah dengan memakai bengkung secara konsisten di rumah.
Seterusnya, ramai orang kata ibu-ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan tidak boleh memakai bengkung tapi sebenarnya memakai bengkung sangat digalakkan kerana ia memberi sokongan kepada otot perut yang sudah kembang.
Selain itu, pasti ramai tertanya berapa lama digalakkan untuk pakai bengkung ni dan bila boleh pakai? Jawapannya, tempoh untuk pakai bengkung ni adalah 6-8 weeks dan boleh pakai sepanjang masa kecuali mandi.
Jika risau tentang luka perut, disarankan untuk pakai bengkung selepas luka dah kering. Dengan memakai bengkung secara konsisten, ianya akan membantu mengempiskan perut selepas bersalin. Selain itu, dengan berbengkung ibu-ibu tidak akan makan berlebihan dimana anda boleh dapatkan kembali badan idaman anda.

#Tips 2 Diet Seimbang
Satu lagi cara untuk mengempiskan perut selepas bersalin adalah dengan anda melakukan diet yang seimbang. Makan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan protein yang sihat akan lagi mempercepatkan proses mengempiskan perut anda semua. Anda juga perlu kurangkan pengambilan garam dan gula dengan sebanyak yang mungkin. Elakkan minuman bergas dan minimum berkarbonat lain.
Buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu seperti betik, grapefruit, mangga, brokoli dan kale boleh membantu anda untuk mengempiskan perut selepas bersalin. Biasanya orang akan ingat untuk mengempiskan perut, tidak boleh makan tetapi ternyata salah kerana makanan adalah sangat penting untuk proses pemulihan anda selepas bersalin, lebih-lebih lagi jika anda ibu menyusu supaya bayi mendapat nutrisi yang mencukupi.

#Tips 3 Penyusuan Badan
Penyusuan badan bukan sahaja bagus untuk bayi malah ia juga baik untuk ibu. Anda semua tahu tak badan ibu-ibu yang menyusu ni membakar sebanyak 500 kalori sehari.
Selain itu, menyusu juga dapat mengecutkan rahim ke saiz biasa dan menampakkan perut yang lebih kempis. Hal ini kerana, penyusuan badan dapat meningkatkan tahap metabolisma ibu jadi lemak-lemak degil dapat dihapuskan dengan lebih cepat.

#Tips 4 Bertungku
Selain mengamalkan diet seimbang, berbengkung dan juga penyusuan badan, bertungku juga merupakan salah satu cara untuk mengempiskan perut selepas bersalin.
Antara khasiat bertungku kepada ibu lepas bersalin adalah ianya dapat membantu mengeluarkan peluh dan toksin berlebihan dalam badan juga boleh memecahkan lemak badan.
Hasil bertungku, badan akan terasa lebih ringan dan segar. Untuk ibu yang melahirkan bayi secara pembedahan pula, luka pembedahan lebih mudah untuk sembuh melalui bertungku. Bila nak bertungku? Boleh amalkan bertungku selepas mandi pada waktu pagi dan malam untuk mendapatkan manfaat bertungku sepenuhnya.

#Tips 5 Perbanyakkan minum air kosong
Ada pendapat yang mengatakan elakkan untuk minum terlalu banyak air kosong kerana boleh menyebabkan faraj berair, urat dan rahim mengembang, perut buncit dan menggeleber, gemuk air, mengalami kentut faraj dan lain-lain.
Tapi kita semua tahu, minum air kosong secara konsisten merupakan amalan sihat. Untuk makluman anda, air sangat penting bagi membantu proses pemulihan diri selepas bersalin.
Kenapa kita perlu perbanyakkan minum air kosong? Hal ini kerana, untuk proses pemulihan kita perlukan minum air kosong dengan banyak untuk penyerapan nutrisi ke dalam sel badan bagi menyembuhkan luka, penghasilan hormon dalam badan, pengaliran darah, pembuangan sisa dan keseimbangan dalam badan.
Selain daripada itu, jika anda mahu proses pengeluaran susu ibu berjalan dengan lancar, maka anda perlu perbanyakkan minum air kosong dan air kosong juga dapat membantu anda untuk mengempiskan perut selepas bersalin kerana ianya adalah pembakar lemak yang sangat berkesan!
#Tips 6 Bersauna

Pasti ramai tertanya, boleh ke bersauna lepas bersalin? Bersauna amat digalakkan semasa berpantang untuk mengempiskan perut selepas bersalin. Seterusnya, bersauna juga boleh meningkat sistem imun dan tahap metabolisma.
Bila tahap metabolisma meningkat, kadar pembakaran kalori juga meningkat jadi badan lebih cepat membakar lemak. Oleh itu, para ibu yang mengamalkan bersauna lepas bersalin lebih cepat menurunkan berat badan.
#Tips 7 Senaman Kegel

Senaman kegel adalah satu lagi cara untuk anda mengempiskan perut selepas bersalin. Senaman ini adalah merupakan senaman yang paling mudah dibuat kerana ianya boleh buat sendiri di rumah. Anda semua tahu ke apa kepentingan senaman kegel ini?
Senaman kegel ini adalah penting untuk mengetatkan kembali otot pelvik selepas bersalin. Senaman ini juga mudah kerana boleh melakukannya di mana-mana tanpa bantuan sesiapa. Oleh itu, dengan senaman yang mudah ini dapat bantu anda untuk mengempiskan perut selepas bersalin dengan berkesan.
Akhir sekali, anda sudah pun ketahui 7 Tips Mengempiskan Perut Selepas Bersalin! Jadi, apa lagi para ibu di luar sana boleh ikuti tips ini untuk mengempiskan perut selepas bersalin.
Seterusnya, saya nak memperkenalkan bengkung bersalin paling mudah digunakan iaitu Bengkung 3 Saat RAZOWA. Bengkung ini mudah dipakai sendiri, mudah ke tandas. Sesuai untuk bersalin secara Caesar dan normal kerana mudah dilaraskan. Material sangat selesa, sejuk dan serap peluh. Sesuai untuk saiz badan XS hingga 4XL.
Lihat cara pakai Bengkung 3 Saat di bawah. Mudahkan?
Bengkung 3 Saat Razowa boleh didapati di butik bayi, farmasi, spa dan agen berhampiran anda. Senarai pengedar di Instagram @razowa.resellers . Anda juga boleh dapatkan secara online di www.razowa.com. Lihat testimoni pengguna Bengkung 3 Saat Razowa ini di Instagram @razowamalaysia dan Facebook Razowa.
Artikel berkaitan